RSS

KEPUTUSAN CABUTAN BERTUAH SAHUR 2M NET KEPUTUSAN CABUTAN BERTUAH SAHUR 2M NET


KEPUTUSAN CABUTAN BERTUAH SAHUR 2M NET


KEPUTUSAN CABUTAN BERTUAH SAHUR 2M NET : (1) 9W2 KKD (2) YF5RM (3) 9W2 VYY (4) 9W2NAW (5) 9W2JLJ. Pemenang2 memenagi Hadiah Sebuah Hamper, Duit Raya dan Sijil Penyertaan. Cabutan telah di sempurnakan olih 9M2TJO .
TAHNIAH kepada pemangil2 SAHUR 2M Net yang telah Checkin melebihi daripada 15 hari, iaitu: 9W2RNO,9W2ZNL,9W2UPC,9W2KHJ,9W2DJM,9W2LBY,9W2WWW,
9W2
KHH,9W2ICF,9W2HNN,9W2DJV,9W2STN,9W2LLG,9W2JBP,9W2TZB,
9W2BPE,9W2MHX,9W2RIO,9M2A
UR,9W2SNN,9W2UDD,9W2GND,
9W2MAV,9W2ZJB,9W2TYL,9W2YNZ,9W2LLB,9W2SGT,9M2MHG,9W2JMP,
9W2TJB,9W2MJN,9W2GCC,YF5RA,YG5RJD,YF5TC,YG5YYW,9W2NTW,
9W2AYN,9W2LYY,9W2BPD,9W2EJT,9W2DKA,9W2KKW,9W2KOO,9W2UHF,
9W2JJF,9W2JJX,9W2MBJ,9W2FMK,9W2RLM,9W2JLY,9W2SKG,9W2FNN,
9W2SMX,9W2SPX,9M2ESM,9W2AKQ,YF5NZ,9W2ABW,9W2AYX,9W2LHT,
9W2PHM,9W2NSA,9W2WJS,YG5YZO,9W2LXN,9W2IJN,9W2HFW,9W2BPQ,
9W2KKD,YF5RM,9W2VYY,9W2NAW,9W2HOZ,9W2TXX,9W2RSY,9W2GMI,
9W2CBP,9W2HYB,9W2BPW,9W2ENQ,9W2RRI,9W2FAQ,9W2BPA,9W2EKX,
9W2SYQ,9W2HZK,9W2LGL,9W2IWN,9W2SNB,9W2JAL,9W2AJF,9W2TBA,
9W2MFW,9W2APR,9W2MBJ,9W2HVC,9W2ISE,9W2JNX

Submitted by 9W2HOZ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jambori di Udara (Jota)


Daripada Arkib Utusan Malaysia


MUAR 20 Mei - Semua pertubuhan beruniform sekolah dipelawa menyertai Jambori di Udara (Jota) yang kini mula memperkenalkan konsep radio amatur iaitu sistem perhubungan secara lebih meluas kepada pelajar yang menyertai perkhemahan tersebut.
Jika dahulu, Jota hanya terbuka kepada Persatuan Pengakap tetapi kini semua pertubuhan beruniform lain seperti Kadet Polis, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam boleh menyertainya dan menggunakan kemudahan perhubungan radio amatur itu.
Tenaga pengajar Kelab Radio Amatur, Ramlah Rabu berkata, buat pertama kali dalam sejarah, teknik penggunaan radio amatur itu diperkenalkan kepada 114 pelajar sekolah yang menyertai Jota 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Amar Diraja, di sini baru-baru ini.
"Melalui Jota 2008 yang diadakan di Muar kali ini, semua peserta berpeluang berhubung dengan pengguna di seluruh dunia dan dalam negara.
"Kami berharap lebih banyak sekolah akan menyertai Jota pada masa akan datang kerana peserta didedahkan dengan pengalaman baru menggunakan radio untuk berkomunikasi sesama mereka," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Jota 2008 yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, Yaakub Karim.
Seramai 114 pelajar dan murid dari 12 sekolah menengah dan rendah menyertai program tersebut yang dibantu oleh 22 guru pengiring serta 20 pegawai termasuk empat tenaga pengajar daripada Kelab Radio Amatur.
Menurut Ramlah sepanjang tiga hari program, para peserta boleh berhubung dengan sembilan stesen radio amatur di kawasan lain di seluruh negara iaitu Kedah, Perlis, Temerloh (Pahang), Sungai Besar dan Gombak (Selangor), Segamat dan Johor Bahru serta Cyberjaya dan Kem Kijang di Kelantan.
"Antara faedah radio amatur ini adalah penggunanya boleh berhubung dengan rakan-rakan mereka yang menggunakan radio amatur dari seluruh dunia tanpa sebarang kos.
"Masih ramai yang belum mengetahui peranan serta fungsi radio amatur ini dan kami berharap lebih banyak pertubuhan beruniform sekolah menyertai Jota termasuk yang akan diadakan di Batu Pahat pada Ogos ini," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai penggunaan radio amatur ini boleh menghubungi Ramlah di 012-3584968.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS